Maksud: Saling merintangi, bersimpang-siur
silap cakap kena radak, hilang jiwa percuma saja
Maksud: Memperkatakan sesuatu perkara hendaklah hati-hati benar kerana buruk padahnya
silap hati
Maksud: Terlupa
silap mata
Maksud: Permainan yang pelik-pelik dan mengelirukan pandangan penonton, main sunglap
silap mata, pecah kepala
Maksud: Kalau kurang hati-hati tentu akan mendapat bencana
silih berganti bagai ombak di tepi pantai
Maksud: Keadaan hidup yang tiada tetap (sekali susah, sekali senang)