syarikat sekerja

Maksud: Pertubuhan bagi para pekerja yang berada dalam bidang pekerjaan yang sama

syurga dunia

Maksud: Kehidupan yang senang dan mewah di dunia

tabah hati

Maksud: Tidak gentar dan tetap hati.

Contoh ayat: Walaupun Azrin dilahirkan cacat, namun dia tetap tabah hati menempuh kehidupan.

tabuh larangan

Maksud: Gendang besar yang dipalu apabila berlaku sesuatu peristiwa yang penting