Maksud: Orang yang hodoh jika memakai perhiasan sekalipun tidak akan menjadi elok
tiada akan rintang kerbau oleh tanduknya
Maksud: Orang yang cekap itu tiada terganggu oleh rintangan dalam mengerjakan sesuatu
tiada beban batu digalas, tiada burut diampu-ampu
Maksud: Tidak ada kerja (kesusahan) mencari kerja (kesusahan)
tiada beban dicari beban, pergi ke pulau batu digalas
Maksud: Mencampuri perkara orang dan beroleh kesusahan sendiri
tiada beban, batu digalas
Maksud: Mendapat susah kerana mencampuri urusan orang lain.
tiada berbau telunjuk saya
Maksud: Menyatakan tidak percaya pada sesuatu cerita (khabar dan lain-lain)