Maksud: Seseorang yang masih muda, kurang berakal dan belum berpendapat
undang-undang darurat
Maksud: Perlembagaan atau dasar kerajaan yang dikuatkuasakan dalam masa darurat
undang-undang dasar
Maksud: Perlembagaan atau dasar kerajaan
unjuk yang tidak diberikan
Maksud: Berjanji akan memberikan sesuatu tetapi hanya tinggal janji sahaja
untung ada, tuah tidak
Maksud: Seseorang yang mendapat sesuatu perolehan atau kelabaan tetapi dengan segera juga balik menjadi rugi dan hilang pendapatannya
untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud: Orang lelaki yang merisik bakal isterinya.