Maksud: Tempat orang mudah mendapat rezeki, di situlah banyak orang berkumpul.
bagai gulai lengkitang
Maksud: Perihal orang yang mahu menebus kejahatan diri tetapi kebaikan dirinya pula yang turut hilang
bagai guna-guna, alu sesudah menumbuk dicampakkan
Maksud: Dihargai waktu berguna dan jika tidak ada lagi perlunya dicampakkan (ditinggalkan)
bagai gunting dalam lipatan
Maksud: Musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari.
bagai gunting dalam selimut
Maksud: Musuh yang tiada diketahui, yang sangat dekat atau yang ada dalam lingkungan sendiri.
bagai harimau beranak muda
Maksud: Orang perempuan yang terlalu bengis.