bagai haruan dalam tuar

Maksud: Perihal seseorang yang tidak tetap halnya (kerana berada dalam kesusahan dan lain-lain)

bagai haruan makan anak

Maksud: Bapa yang memperkosa anak sendiri.

Contoh ayat: Perbuatan Karim yang memperkosa anaknya itu bagai haruan makan anak.

bagai hempedu lekat di hati

Maksud: Perhubungan seseorang yang sangat rapat dan akrab.

Contoh ayat: Walaupun Samad sudah lama berpindah ke bandar dan Harun masih lagi menetap di kampung, namun perhubungan mereka sungguh akrab bagai hempedu lekat di hati.