Maksud: Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan terlebih dahulu ditimbangkan dan dirundingkan
bagai jawi makan, dimamah dulu baru ditelan
Maksud: Setiap pekerjaan dirundingkan masak-masak sebelum dijalankan
bagai jawi terkurung siang
Maksud: Orang yang tidak dapat bertindak sesuka hatinya kerana terkongkong oleh adat
bagai jelongak kerbu rampung
Maksud: Orang bodoh yang sombong, tidak sedar bahawa dirinya telah dipermainkan oleh orang lain. jelongok = selalu menengadah. rampung = rosak cuping hidungnya
bagai kaca jatuh ke batu
Maksud: Hati yang hancur kerana dukacita.
bagai kaca terhempas ke batu
Maksud: Hati yang hancur kerana dukacita.