bendera pusaka

Maksud: Bendera yang paling awal dikibarkan apabila negara diumumkan merdeka

bendera putih

Maksud: Mengaku kalah

Contoh ayat: Tentera musuh terpaksa mengibarkan bendera putih kerana tidak sanggup menentang serangan kerajaan Melaka yang hebat itu.

bengkak perut

Maksud: Berasa dengki atau sakit hati kerana sesuatu.

Contoh ayat: Rajan bengkak perut apabila ibunya menghadiahkan abangnya sebuah rumah.

benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau

Maksud: Yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan tetap baik juga.

Contoh ayat: Semua anak Pak Osman Berjaya dalam pelajaran. Begitulah jika benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.