Maksud: Seseorang yang terlalu rindu kerana bercerai dengan orang yang dikasihi
bersatu hati
Maksud: Bermuafakat dan bekerjasama.
bersatu teguh, bercerai roboh
Maksud: Persefahaman dalam sesebuah masyarakat dapat membuahkan kejayaan manakala perbalahan akan menyebabkan perpecahan.
Contoh ayat: Seluruh rakyat Malaysia hendaklah saling bertolak-ansur dan bersatu padu kerana bersatu teguh, bercerai roboh.
bersawah seperempat piring, ke sawah sama dengan orang
Maksud: Orang miskin yang berlagak seperti orang kaya-kaya
bersawah sepiring tidak akan tempat sepasin bertanya
Maksud: Peri kemiskinan yang amat sangat
bersekutu bertambah mutu
Maksud: Berkerjasama antara satu dengan lain dalam melaksanakan sesuatu akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang.