Maksud: Membuat sesuatu perkara hendaklah dengan cermat dan hati-hati
biar lambat asal selamat; takkan lari gunung dikejar
Maksud: Membuat sesuatu kerja biarlah dengan cermat dan hati-hati
biar lambat asalkan selamat
Maksud: Jangan terburu-buru melakukan sesuatu pekerjaan sebaliknya lakukannya dengan penuh kesabaran demi kebaikan bersama-sama.
Contoh ayat: Encik Roslan memandu dengan cermat untuk pulang ke kampung bersama-sama keluarganya kerana dia memegang prinsip biar lambat asalkan selamat.
biar lambat asalkan selamat, takkan lari gunung dikejar
Maksud: Membuat sesuatu perkara dengan cermat dan hati-hati.
biar mati anak, jangan mati adat
Maksud: Orang yang kuat perpegang pada adat / Adat yang tidak boleh dilanggar.
Contoh ayat : Banyak adat istiadat lama masih digamalkan oleh masyarakat kini, kerana mereka percaya biar mati anak jangan mati adat.
biar mati biar hidup
Maksud: Baik mati mahupun hidup