Maksud: Biarlah rugi sedikit asalkan jangan rugi banyak
biar tersenget jangan tertiarap
Maksud: Lebih baik rugi sedikit daripada habis semua sekali
biar terteleng asal jangan tertangkup
Maksud: Tiada mengapa rugi sedikit asal jangan habis semua sekali
biar titik, jangan tumpah
Maksud: Biar menanggung kerugian sedikit, jangan menanggung kerugian besar.
Contoh ayat: Untuk mengelakkan kerugian yang besar, peniaga itu sanggup menurunkan harga barangannya kerana biar titik, jangan tumpah.
biar ular mati dan kayu tiada patah
Maksud: Binasakanlah musuh dengan tidak merosakkan diri sendiri
biar-biar naik ke mata
Maksud: Jangan dilalaikan sesuatu yang akan mendatangkan bahaya kepada diri sendiri