Skip to content

Maksud Peribahasa

Kamus Peribahasa & Simpulan Bahasa Melayu

Posts

Posted on

biarlah mati di mata pedang, janganlah mati kena tendang

Maksud: Biarlah binasa kerana mempertahankan kehormatan daripada binasa dalam kehinaan

Posted on

biarlah terjual nyawa, jangan terjual nama

Maksud: Tidak takut pada kematian jika pada jalan yang benar

Posted on

biarpun setandan bagai kerambil, namun untung berlain-lain

Maksud: Walaupun bersaudara kandung, keadaan masing-masing masih berlainan

Posted on

biasa di sayak dibawa ke dulang, biasa di awak ke orang

Maksud: Orang yang suka mencela orang lain yang melakukan sesuatu yang tidak baik, tetapi diri sendiri pun gemar melakukannya

Posted on

biawak kudung masuk kampung

Maksud: Tersesat ke kampung musuh atau pencuri yang dikenali oleh orang ramai

Posted on

bibir hutan

Maksud: Pinggir hutan

Posts navigation

Previous page Page 1 … Page 341 Page 342 Page 343 … Page 1,433 Next page

Peribahasa Melayu yang Paling Popular Setiap Hari

  • sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
  • pukul anak sindir menantu
  • menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
  • manis mulut
  • kecil api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan
  • hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
  • bagai melepaskan batuk di tangga
  • bagai katak di bawah tempurung
  • bagai cendawan kememeh
  • ambil angin
© Copyright - maksudperibahasa.com - Privacy Policy - Cara Guna - Hubungi Kami
imunify-bot-check