Maksud: Biarpun cerdik atau bodohnya orang besar-besar, orang yang rendah jua yang terpedaya (menanggung rugi)
cerita burung
Maksud: Berita yang tidak berasas.
Contoh ayat: Jangan percaya dengan berita yang dikhabarkan oleh Si Husin kerana itu semua cerita burung belaka.
cermat semasa banyak, jimat semasa sikit
Maksud: Seseorang itu perlu berhati-hati menguruskan wangnya ketika senang untuk masa depannya.
cermin hati
Maksud: Gambaran peribadi yang sebenar.
cermin perbandingan
Maksud: Sesuatu yang boleh dijadikan sebagai teladan atau ajaran
cicak kubin
Maksud: Orang yang kurus.