cukup bulan

Maksud: Genap waktunya perempuan mengandung akan bersalin.

cukup makan

Maksud: Cukup-cukup sahaja, tidak lebih dan tidak kurang.

cupak asli

Maksud: Adat resam turun-temurun

cupak hanyut

Maksud: Lenggang yang lembut.

Contoh ayat: Gaya berjalan Mak Long bagai cupak hanyut.