Maksud: Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga.
dalam madu berisi hempedu
Maksud: Jangan mudah percaya akan perkataan yang manis-manis kerana biasanya berisi tipu daya yang jahat
dalam menunduk ia menyonggeng
Maksud: Seseorang yang berlainan mulut dengan hatinya
dalam menyelam cetek bertimba
Maksud: Hasil yang sedikit itu digunakan dengan berpada-pada
dalam rumah membuat rumah
Maksud: Mencari keuntungan untuk diri sendiri ketika bekerja dengan orang lain
dalam sudah keajukan, dangkal sudah keseberangan
Maksud: Telah diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang. ajuk = duga