Maksud: Bersuka-suka mahu, tetapi mengeluarkan wang enggan
dunia sudah terbalik
Maksud: Keadaaan yang berbeza daripada yang semula jadi.
duri dalam daging
Maksud: Sesuatu yang amat tidak menyenangkan.
Contoh ayat: Kehadiran anak saudaranya yang pemarah itu bagai duri dalam daging dalam keluarga Puan Hamidah.
duri di hutan siapa pertajam
Maksud: Kekuasaan tuhan itu tidak ada batasnya
durian dengan mentimun, menggolek rosak, kena golek binasa
Maksud: Orang yang lemah selalu berugi kerana tidak berdaya untuk melawan orang yang berkuasa
durian runtuh
Maksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.