Maksud: Orang yang dengki dan tamak selalu mendapat kerugian
gelang tidak laga sebentuk, laga keduanya
Maksud: Suatu kejadian seperti perkelahian dan lain-lain tidak berasal daripada satu pihak saja
gelap buta
Maksud: Gelap sekali
gelap fikiran
Maksud: Tidak dapat berfikir lagi kerana terlalu marah.
Contoh ayat: Tamam mengamuk kerana dia menjadi gelap fikiran apabila melihat rumahnya dibakar.
gelap hati
Maksud: Sukar (tidak mudah) belajar.
Contoh ayat: Murid yang gelap hati dalam mata pelajaran Matematik akan diberikan bimbingan khusus.
gelap mata
Maksud: Hilang fikiran yang waras kerana melihat wang yang banyak.