alah membeli menang memakai

Maksud: Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang mahal harganya tetapi barang itu bermutu dan tahan Iama.

Contoh ayat: Saya tetap membeli baju yang mahal harganya itu kerana saya percaya alah membeli, menang memakai.

alah menang tak tahu, bersorak boleh

Maksud: 1. Dikatakan kepada orang yang tidak tahu selok-belok pergaduhan tetapi mengatakan siapa yang akan kalah
2. Tidak masuk campur dalam perlawanan (perbantahan dan lain-lain)

alah sabung, menang sorak

Maksud: Harta benda habis tetapi faedahnya tidak didapati / Biarpun kalah, namun cakap masih besar

Contoh ayat: Perbuatan Pak Leman itu alah sabung, menang sorak kerana wangnya banyak habis tetapi cita-citanya untuk menjadi pemimpin di kampung itu tidak berjaya.