Maksud: Punca konflik.
ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait
Maksud: Hendaklah selalu berwaspada terhadap segala bahaya dan rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan
ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencucuk, duri yang akan mengait
Maksud: Ketika membuat sesuatu pekerjaan hendaklah sentiasa berhati-hati terhadap segala bahaya dan rintangan
ingat sebelum kena, berhemat sebelum habis
Maksud: Perlu berikhtiar dengan sungguh-sungguh supaya tidak menyesal di kemudian hari
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
Maksud: Selalu berhati-hati supaya tidak tertipu atau kehabisan harta.
Contoh ayat: Setiap sen yang kita miliki hendaklah dibelanjakan dengan berhati-hati untuk perkara-perkara yang berfaedah sahaja kerana ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis
Maksud: Hendaklah sentiasa berwaspada dan hati-hati (supaya jangan terlewat dan lain-lain)