jatuh bangun

Maksud: Lumrah hidup yang silih berganti mengenai kesenangan dan kesusahan

jatuh berjolok

Maksud: Memperoleh sesuatu dengan sebab diminta (diharapkan)

jatuh berkait

Maksud: Memperoleh sesuatu dengan sebab diminta (diharapkan)

jatuh di atas tilam

Maksud: Beruntung kerana berkahwin dengan perempuan cantik serta kaya dan lain-lain

jatuh hati

Maksud: Menaruh cinta (kasih).