Maksud: Orang yang berani bercakap besar di belakang sahaja
jauh panggang dari api
Maksud: Jawapan atau sindiran yang tidak tepat atau jauh daripada yang diharapkan.
jauh perjalanan, luas pemandangan
Maksud: Jika kita banyak merantau banyaklah perkara yang dapat kita lihat.
jauh rezeki
Maksud: Susah mendapat keuntungan
jauhari juga yang mengenal manikam
Maksud: Orang yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu.
jawi pekan
Maksud: Peranakan India-Melayu