Maksud: Tidak ada yang sempurna benar
jika baik ada celanya
Maksud: Tidak ada sesuatu perkara yang benar-benar sempurna.
Contoh ayat: Sungguhpun Ali dikenali kerana kebaikannya, namun jika baik ada celanya apabila dia sering melakukan kesalahan di tempat kerjanya.
jika benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
Maksud: Yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan tetap baik juga.
Contoh ayat: Semua anak Pak Osman Berjaya dalam pelajaran. Begitulah jika benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
jika beranak ikut kata bidan
Maksud: Ikutlah nasihat orang yang lebih mengetahui.
Contoh ayat: Pepatah yang mengatakan jika beranak ikut kata bidan amat sesuai diikuti oleh anak muda sekarang.
jika berjumbai tempat bergantung
Maksud: Tanda yang dapat dijadikan punca penyelidikan
jika diturut hati yang geram, hilang takut timbul berani
Maksud: Orang bersifat pengecut akan menjadi berani apabila dalam kemarahan