alim biasa menghukum syarak

Maksud: 1. Hanya orang yang berilmu sahaja boleh membuat hukum syarak
2. Orang yang berilmu tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya itu

alim kucing

Maksud: Pura-pura baik.

Contoh ayat: Si Dayan alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan dialah yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian di kampungnya.

alim ulama

Maksud: Orang yang berpengetahuan luas tentang agama

alim-alim kucing

Maksud: Pura-pura baik.

Contoh ayat: Si Dayan alim-alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan dialah yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian di kampungnya.