Maksud: Dikatakan tentang pekerjaan yang amat berbahaya tetapi digemari orang
kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud: Sekiranya takut kepada risiko, jangan dekati bahaya.
Contoh ayat: "Kamu ni Nazry, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Sekarang tengok apa sudah jadi pada kamu. Janganlah melakukan sesuatu jika kamu tidak mahu tanggung derita tersebut." kata Afiq.
kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai
Maksud: Kalau takutkan kesusahan, jangan buat sesuatu pekerjaan
kalau tiada angin bertiup takkan pokok bergoyang
Maksud: Tentu ada sebabnya maka terjadi sesuatu hal
kalau tiada beras, kerja tiada deras
Maksud: Jika tidak ada daya, terimalah nasib
kalau tiada hak sendiri, anak mata terdiri-diri
Maksud: Kalau kita tidak berwang tidaklah dapat memiliki atau menikmati sesuatu dan terpaksalah merasa hampa sahaja