Maksud: Jikalau tidak bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah
kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang
Maksud: Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.
kalau tidak ada-berada takkan tempua bersarang rendah
Maksud: Tentu ada maksud tersembunyi seseorang berlaku secara luar biasa
kalau tidak berlela baiklah berela-rela
Maksud: Kalau tidak berdaya upaya baiklah menurut sahaja
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud: Cita-cita tanpa usaha tidak akan tercapai.
kalis jais
Maksud: Tidak dapat diberi sebarang nasihat