Maksud: Janji hendaklah ditepati
kata dahulu bertepati, kata kemudian bercarian
Maksud: Janji hendaklah ditepati
kata dahulu bertepati, kata kemudian kata bercari
Maksud: Janji mesti ditepati, hanya boleh diubah apabila sudah dirundingkan
kata dua
Maksud: Pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yang mengemukakan tuntutan yang mesti diterima oleh pihak lain yang terlibat dalam perundingan.
Contoh ayat: Aman diberi kata dua iaitu berhenti daripada membuat kekacauan atau dipindahkan ke daerah lain.
kata hati
Maksud: Kata yang terbit dalam batin.
kata itu kota
Maksud: Setiap janji yang dibuat harus ditunaikan.
Contoh ayat: Setiap parti yang menang dalam pilihan raya umum harus menunaikan janji yang termaktub dalam manifesto parti kerana kata itu kota.