Maksud: Sama sahaja halnya
kera sumbang
Maksud: Tidak suka bergaul dengan orang lain.
Contoh ayat: Susi menjadi seperti kera sumbang dalam majlis makan malam itu kerana dia seorang yang pemalu.
kera terlalu makan, tupai di julai timpa perasaan
Maksud: Orang besar-besar yang bersuka ria, orang kecil-kecil menepilah dengan irinya
kerambil tumbuh di matanya
Maksud: Perempuan muda yang elok rupa parasnya dan kaya pula
kerana Allah
Maksud: Melakukan sesuatu dengan tujuan membuat kebajikan semata-matanya
kerana cenderawasih, merak mas dilepaskan
Maksud: Sesudah mendapat kekasih baru, kekasih lama dilupakan