keras hati

Maksud: 1. Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.
2. Degil dan tidak mahu mendengar nasihat orang.

keras kepala

Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.

keras lidah

Maksud: Susah menyebut perkataan dengan betul

keras mulut

Maksud: Tidak mahu mengaku kalah dalam perbincangan atau perbahasan