Maksud: Mendapat kesusahan kerana bersahabat dengan orang jahat
kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa
Maksud: Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.
kerang busuk
Maksud: Tersengih-sengih tanpa sebab.
Contoh ayat: Dia diam dan hanya tersengih bak kerang busuk.
kerap sang berudu hendak berenang di laut lebar, awak masih juga di kubangan
Maksud: Tiada berdaya mencapai yang dicita-citakan
keras bagai batu, tinggi bagai langit
Maksud: Tidak mahu menurut perintah orang atasan
keras ditakik, lunak disudu
Maksud: Hendaklah diberikan segala perintah dengan bijaksana (dengan lemah lembut kepada yang menurut dan dengan memaksa kepada yang melawan)