lari malam

Maksud: Menjauhkan diri dari ahli sekumpulan atau sekeluarganya secara diam-diam kerana perasaannya tersinggung oleh mereka

lari-lari anak

Maksud: Berlari perlahan-lahan.

Contoh ayat: Semasa pendidikan jasmani, murid-murid dikehendaki berlari-lari anak mengelilingi padang sekolah.

larikan nyawa

Maksud: Melarikan diri daripada ancaman bahaya