Maksud: Berasa sangat tersinggung dan marah
luka itu sembuh parutnya tinggal juga
Maksud: Walaupun sudah berbaik-baik tetapi dalam hati, pertelingkahan yang lepas itu terasa jua
luka sudah hilang, parutnya tinggal juga
Maksud: Walaupun orang yang berselisih telah berdamai, tetapi kenangan yang buruk masih teringat juga
lulus jarum, lulus kelindan
Maksud: Kalau kehendak pertama itu tercapai, kehendak-kehendak lain akan menurut
lulus tabuh perhatian
Maksud: Berasa lapang atau senang hati kerana terlepas daripada tugas yang berat dan lain-lain
lulus tidak berselam, hilang tidak bercari
Maksud: Perihal seseorang yang menanggung kesusahan tetapi tidak ada yang menolongnya