Maksud: Yang mahu menurut kata diperlakukan dengan lemah lembut, yang menentang digagahi
lunak gigi daripada lidah
Maksud: Bersikap lemah lembut atau merendahkan diri
lunak hati
Maksud: Mudah menerima kata-kata atau nasihat orang lain
lunak tak tersudu, keras tak tertakik
Maksud: Perkataan orang yang bijaksana baik dengan lemah lembut atau dengan kasar tidak dapat disangkal (dianjak-anjak) kebenarannya
lupa daratan
Maksud: Berbuat sesuatu yang melampaui batas, hilang pertimbangan.
Contoh ayat: Amir menjadi lupa daratan apabila sudah kaya.
lupa diri
Maksud: Tidak sedar, tidak insaf, tidak ingat akan keadaan dirinya yang sebelum itu lebih susah.
Contoh ayat: Walaupun kita berjawatan besar, kita tidak harus lupa diri.