Maksud: Berbagai-bagai jenis bencan
mara hinggap mara terbang, mara bergesel sambil lalu, enggang lalu ranting patah
Maksud: Tidak bersalah tetapi terlibat dalam kesalahan itu
mara hinggap, mara terbang enggang lalu ranting patah
Maksud: Perihal seseorang yang dituduh melakukan sesuatu kesalahan pada hal dia tidak melakukan kesalahan itu
mara jangan dipukat, rezeki jangan ditolak
Maksud: Bahaya atau kesusahan jangan sekali-kali dicari-cari
marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah
Maksud: Kerana takutkan bahaya yang kecil keuntungan yang besar dibuang akhirnya diri sendiri yang merana
marahkan tikus, lengkiang dibakar
Maksud: Kerana sakit hati akan sesuatu yang kecil maka melakukan sesuatu yang mendatangkan kerugian besar