Maksud: Mencari keuntungan dari kesempitan (kesukaran) orang
memasang lukah di pergentingan
Maksud: Mencari keuntungan dalam keadaan kacau.
memasang mata
Maksud: Melihat dengan teliti
memasang pelita tengah hari
Maksud: Menerangkan sesuatu yang sudah jelas, perbuatan yang sia-sia
memasang tekad
Maksud: Berazam dengan bersungguh-sungguh
memasang telinga
Maksud: Mengintip atau mencuri dengar perbualan.
Contoh ayat: Ah Mun memasang telinga semasa abangnya berbual di telefon.