Maksud: Perihal orang yang pemalas menantikan pemberian orang atau takdir tuhan sahaja
menantikan nasi disajikan di mulut
Maksud: Perihal orang yang pemalas menantikan pemberian orang atau takdir tuhan sahaja
menara api
Maksud: Mercu suar, rumah api
menara gading
Maksud: Universiti.
Contoh ayat: Saya bercita-cita ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading.
menari di ladang orang
Maksud: Bersenang-senang memakai harta orang atau bersenang-senang di rumah orang
menari yang tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkat
Maksud: Sebab tidak tahu membuat sesuatu pekerjaan, dikatakan perkakas yang salah atau tidak cukup