Maksud: Dikatakan kepada seseorang yang hendak membalikkan perkataannya
mengalih kain ke balik rumah, mengalih kata ke hadapan
Maksud: Memungkiri janji dengan tiba-tiba
mengalih kain payah juga ke ceruk, mengalih cakap di mata-mata sahaja
Maksud: Memperkatakan sesuatu rahsia itu haruslah berhati-hati kerana buruk akibatnya kalau diperkatakan kepada orang yang tiada tentu
mengalih longkang
Maksud: Menukar usaha
mengambil anak
Maksud: Menjadikan anak orang lain sebagai anak sendiri
mengambil bahagian
Maksud: Turut serta