mengambil berat

Maksud: Beri perhatian.

Contoh ayat: Ibu dan ayah sangat mengambil berat terhadap prestasi pelajaran kami.

mengambil hati

Maksud: 1. Menyenangkan hati seseorang.
2. Berasa tersinggung.

Contoh ayat: 1. Farah pandai mengambil hati ibu mertuanya.
2. Jangan mengambil hati akan kata-katanya kerana dia menasihat untuk kebaikan.