Maksud: Perihal orang yang bersekutu tetapi keuntungan diambil seorang diri
nasi sudah jadi bubur
Maksud: Sudah terlanjur, tak dapat diubah lagi.
Contoh ayat: Amir menyesal kerana sikapnya yang malas belajar menyebabkan dia gagal dalam peperiksaan, namun nasi sudah jadi bubur.
nasi sudah menjadi bubur
Maksud: Sudah terlanjur, tak dapat diubah lagi.
Contoh ayat: Amir menyesal kerana sikapnya yang malas belajar menyebabkan dia gagal dalam peperiksaan, namun nasi sudah menjadi bubur.
nasi tersenduk tidak termakan
Maksud: Tidak dapat merasainya walaupun sudah diperoleh, belum menjadi rezeki
nasi tingkas
Maksud: Nasi putih
nasi wajar
Maksud: Nasi biasa sahaja