Maksud: Fikiran atau pendirian seseorang itu boleh berubah-ubah
neraca yang palingan, bungkal yang piawai
Maksud: Perihal hakim yang adil hukumannya
neraka dunia
Maksud: Kehidupan yang penuh dengan kesusahan.
niat hati hendak memancing ikan, tak mahu membuang umpan
Maksud: Perihal orang yang mahu untung sahaja tetapi tidak mahu rugi
niat hati hendak memancing temenung, sudah terpancing ikan setoka
Maksud: Lain yang dikehendaki, lain yang didapat (kemuliaan yang dihajati kehinaan yang diperoleh)
niat hati hendak memeluk gunung apakan daya tangan tak sampai
Maksud: Tidak berdaya mencapai sesuatu yang dihajati (dicita-cita)