Maksud: Sesuatu yang diperoleh dengan kepintaran terasa usaha yang benar, dan sesuatu yang diperoleh dengan jalan menipu terasa didapat dengan curian.
pandai mengambil otak di dalam kepala, tiada diketahui tuan tubuh
Maksud: Bijak berkata-kata
Contoh ayat: Pak cik Mat dipilih mewakili pihak keluarga lelaki untuk berunding tentang perkahwinan Zakaria dengan Azlina kerana dia pandai mengambil otak di dalam kepala, tiada diketahui tuan tubuh.
pandai menyelam air dangkal
Maksud: Pandai membawa diri
pandai menyelam di air dangkal
Maksud: Pandai membawa diri
Contoh ayat: Rosli dinasihat oleh emaknya supaya pandai menyelam di air dangkal.
pandai menyipat, tidak pandai menarah
Maksud: Tahu menyuruh (memerintah) tetapi tidak tahu membuat kerja
pandai selisik sedang berlaga
Maksud: Orang yang dapat mencari kesenangan diri walaupun dalam bahaya atau kesusahan