cerai susu

Maksud: Bayi yang telah berhenti menghisap susu.

Contoh ayat: Bayi itu telah diberikan makanan pejal sejak bercerai susu.

cerai mati

Maksud: Suami isteri yang bercerai kerana salah seorang daripadanya meninggal dunia.

Contoh ayat: Kalsom bercerai mati dengan suami pertamanya yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

cerai mata

Maksud: Berpisah.

Contoh ayat: Sejak bercerai mata dengan ibunya, anak kecil itu sering menangis.

cerai kasih

Maksud: Putus percintaan.

Contoh ayat: Akibat bercerai kasih dengan tunangannya, dia membawa diri ke ibu kota.

cerai hidup

Maksud: Suami isteri yang bercerai ketika hidup.

Contoh ayat: Kamisah bercerai hidup dengan suaminya sejak sepuluh tahun lalu.

cerai berai

Maksud: Berselerak, keadaan yang tidak berketentuan.