cerah ceria

Maksud: Udara yang bersih dan suasana yang nyaman

cepat tangan

Maksud: Orang yang suka mencuri.

Contoh ayat: Akibat perangainya yang cepat tangan, dia ditangkap polis.

cepat lidah

Maksud: Orang yang suka bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu.

Contoh ayat: Sikap pengerusi mesyuarat yang cepat lidah menyebabkan kami berasa tersinggung.

cepat kaki

Maksud: Tangkas apabila membuat sesuatu