Maksud: Terlampau sangat kikir tidak ada faedahnya, akhirnya harta akan habis jua
cekarau besar
Maksud: Suka membanggakan diri
cek kosong
Maksud: Cek yang tidak ada wang dalam bank
cecah bumi
Maksud: Jejak ke bumi.
Contoh ayat: Pohon teratai tumbuh di air dan akarnya tidak mencecah bumi.
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum pula
Maksud: Orang yang bersaudara (sekaum) itu tidak akan bercerai kerana perselisihan
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Maksud: Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.