Maksud: Perselisihan sesama keluarga akan berakhir dengan berbaik kembali
cari umbut kena buku
Maksud: Mencari yang baik, mendapat yang buruk
cari seteru
Maksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.
cari salah
Maksud: Berusaha untuk mengetahui kesalahan orang.
Contoh ayat: Omar cuba mencari salah Zainal dengan membuka semula laporan peribadi kawannya itu.
cari rezeki
Maksud: Bekerja atau mencari rezeki.
Contoh ayat: Kebanyakan para nelayan menghadapi kesukaran untuk mencari rezeki kerana masalah pencemaran pantai yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
cari muka
Maksud: Mengusahakan sesuatu untuk mendapatkan pujian atau ganjaran.
Contoh ayat: Dia sengaja cari muka ketika pengurus ada.