Maksud: Ikhlas , tetap hati dan bersungguh-sungguh.
bulat fikiran
Maksud: Mengambil keputusan yang tetap.
Contoh ayat: Dia telah bulat fikiran untuk meneruskan pelajarannya ke luar negeri.
bulat boleh digilingkan, pipih boleh dilayangkan
Maksud: Sudah semuafakat benar-benar
bulat bersegi, bersanding melukai
Maksud: Orang yang nampaknya lurus tetapi tidak dapat dipercayai
bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat
Maksud: Kata sepakat tercapai dengan mesyuarat
bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud: Manusia bersatu (sebulat suara) kerana bermuafakat.