Maksud: Diri peribadi
basuh mulut
Maksud: Sajian manis atau buah-buahan yang dijadikan hidangan selepas makan.
Contoh ayat: Selepas makan tengah hari saya makan buah tembikai sebagai pembasuh mulut.
baru hendak bertunas sudah dipetik, lama-lama matilah pokoknya
Maksud: Baru sedikit mendapat keuntungan sudah memboros-boros
baru dimulai sudah tertarung
Maksud: Baru dimulai sudah menemui rintangan (halangan)
baru berlatih hendak berlari, tersembam
Maksud: Membuat pekerjaan yang melebihi kebolehan sendiri
baru belajar duduk, lepang sudah hendak memanjat tiang
Maksud: Belum dewasa tetapi sudah hendak berlagak seperti orang tua