Maksud: Orang sakit yang hampir mati
antan patah, lesung hilang
Maksud: Kemalangan yang bertimpa-timpa.
antah berkumpul sama antah, beras bersama beras
Maksud: Terasing orang miskin (hina) daripada orang kaya (mulia)
anjur surat bak bertanam dijemba-jemba bak bersiang
Maksud: Tipu muslihat melakukan sesuatu bukan dengan maju ke depan sahaja, sambil berundur pun boleh
anjur surat bak bertanam
Maksud: Tipu muslihat melakukan sesuatu bukan dengan maju ke depan sahaja, sambil berundur pun boleh
anjing tiada bercawat ekor
Maksud: Sesuatu yang hina dan tidak berguna tidaklah indah pada mata sekalian orang