anak ginjal

Maksud: Bahagian buah pinggang yang melekat di atas ginjal

anak gahara

Maksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan.

Contoh ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan Tengku Puteri Halijah.

anak emas

Maksud: Orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.

Contoh ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan kesetiaannya.