Maksud: Fikiran yang bernas dan sempurna
alas dulang
Maksud: Wang hadiah yang diletakkan di dulang sebagai penghargaan
alas cakap
Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.
Contoh ayat: Alas cakap yang disampai oleh pengerusi majlis forum itu menjadi pencetus kepada persoalan yang akan diperkatakan.
alangkan baik berbini tua, perut kenyang pengajaran datang
Maksud: Orang yang beristeri tua biasanya memperolehi kesenangan kerana disayangi oleh isterinya
alangkan baik berbini tua, perut kenyang pemanja datang
Maksud: Orang yang beristeri tua biasanya memperolehi kesenangan kerana disayangi oleh isterinya
alang-alangan menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
Maksud: Kalau sudah terlanjur jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya