Maksud: Membuat sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh sehingga berhasil. alang-alang = tanggung-tanggung
alang-alang berdakwat biar hitam
Maksud: Membuat sesuatu perkerjaan itu biarlah hingga selesai.
Contoh ayat: Sungguhpun Lina banyak menghadapi masalah ketika memulakan perniagaannya, akhirnya dia berjaya membuka sebuah restoran kerana alang-alang berdakwat biar hitam.
alang kepalang
Maksud: Sedikit
alang hari
Maksud: Hari biasa
alang dijawat, tepuk dibalas
Maksud: Berbuat baik dibalas dengan baik, berbuat jahat dibalas dengan jahat
alang berjawab, tepuk berbalas
Maksud: Kebaikan dibalas dengan kebaikan, kejahatan dengan kejahatan pula